SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , » Rumah Dimasuki Perompak, Yusof Haslam Lepas Tembakan Amaran

Rumah Dimasuki Perompak, Yusof Haslam Lepas Tembakan Amaran

Gerak gerak khas. Gerak gerak khas. Pergh~~~ Memang power Datuk Yusof Haslam. Tak sia-sia berlakon sebagai polis dalam drama Gerak Khas. Silap besarlah si perompak cuba nak merompak rumah beliau. Rumah Datuk Yusof Haslam yang terletak di Taman Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
yusof haslam
Ketika kejadian, Datuk Yusof Haslam sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa. Mendengar jerita tersebut, Datuk Yusof Haslam bingkas bangun dan bergegas ke bilik untuk mendapatkan pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya.
Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu. Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak. Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.
yusof haslam
Takziah kepada Datuk Yusof Haslam atas berita ini. Nasib baik beliau tak tidur lagi. Tapi memang serius ‘cool’ kerana melepaskan tembakan. Terasa macam dalam drama Gerak Khas pulak. Bukan calang-calang orang boleh bersikap berani begitu. Semoga selepas ini kejadian sebegini tidak berulang lagi.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir