SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » MH17 : Rakaman Perbualan Telefon Pemberontak Selepas Menembak Jatuh #MH17

MH17 : Rakaman Perbualan Telefon Pemberontak Selepas Menembak Jatuh #MH17


Satu video rakaman perbualan pemberontak telah dikeluarkan di Youtube menunjukkan satu panggilan yang berjaya dipintas dari pemberontak Pro-Rusia di timur Ukraine.

Rakaman audio yang ditambah sarikata Bahasa Inggeris itu didakwa hasil daripada pintasan yang dilakukan oleh Ukrainian Security Service (SBU), yang kemudiannya dikeluarkan di
laman web mereka.



Ia mendakwa kumpulan militan yang diketuai oleh Igor “Bes” Bezler, menggunakan sistem peluru berpandu udara-pertahanan Rusia, menembak jatuh sebuah pesawat awam dikenal pasti sebagai Boeing 777 milik Malaysia Airlines.

Dalam rakaman itu, dua pemberontak boleh didengar bercakap tentang kapal terbang yang telah ditembak jatuh – yang pertama menganggap mereka adalah jet tentera. Namun apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai “Major” melaporkan kembali, dia tidak jelas apa jenis pesawat yang mereka serang. [Telegraph] 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir