SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , , » MH17 : Mayat Nahas #MH17 Beragama Islam Dapat Syahid Akhirat- Mufti Kedah

MH17 : Mayat Nahas #MH17 Beragama Islam Dapat Syahid Akhirat- Mufti Kedah

ALOR SETAR:Umat Islam yang meninggal dunia dalam tragedi pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis lalu mendapat Syahid Akhirat.


Perkara itu dijelaskan Mufti Kedah, Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin yang berkata, walaupun pesawat itu terhempas ia di kategorikan sebagai syahid akhirat kerana ditimpa kemalangan.

Sehubungan itu, mayat mangsa yang meninggal dunia jikalau masih sempurna boleh dimandi dan dikafankan seperti biasa d lakukan tetapi tetap mendapat pahala syahid akhirat.

Bagaimanapun ia tidak sama dengan rakyat Palestin yang meninggal ketika berperang memerangi tentera rejim Zionis bagi mempertahankan agama dan tanah air yang mendapat Syahid Dunia dan Syahid Akhirat.

Walaupun begitu katanya, iktibar yang boleh diambil umat Islam dari kejadian itu ialah untuk bersama-sama bermuhasabah diri dan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah agar negara ini tidak lagi ditimpa musibah dan dikekalkan dalam keselamatan.

“Syahid Akhirat bermakna hukuman kalau mayat mereka itu dapat dikenalpasti kita kena buat macam orang mati biasa kita sembahyang kita kafan kita mandi tetapi di akhirat mereka akan diberi pahala oleh Allah semacam mana orang mati Syahid Akhirat. Ada pun orang yang mati Syahid kerana memperjuangkan agama Allah seperti penduduk Palestin menentang Yahudi mereka itu Syahid Dunia dan Akhirat. Yang jatuh kapal terbang, jatuh pokok tenggelam air (lemas) dipanggil Syahid Akhirat bukan Syahid Dunia. Di dunia di buat semacam orang biasa tapi di akhirat kedudukan orang mati Syahid,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Moreh Ampun Kurnia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Masjid Zahir, Alor Setar, malam tadi.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir