SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Gambar - Sekitar Penahanan Kiki Kamaruddin di IPD Kuantan

Gambar - Sekitar Penahanan Kiki Kamaruddin di IPD Kuantan

KUANTAN – Wanita yang bertindak ganas ke atas seorang warga emas Sim Siak Heong, 68, dalam satu insiden kemalangan pada Isnin lepas di bandar ini ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Siti Fairrah Asyikin atau Kiki, 30, tiba di Ibu Pejabat
Polis Daerah Kuantan kira-kira pukul 4 petang tadi dengan ditemani kedua-dua ibu bapanya serta seorang adik perempuan.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis kini sedang menyiasat daripada pelbagai sudut mengenai kejadian yang tersebar luas di media sosial itu.
“Polis juga sedang mengesan pengunci stereng yang digunakan wanita terbabit untuk mengetuk kereta warga emas berkenaan.

“Mengikut keterangan awal, wanita itu mendakwa telah membuang pengunci stereng itu di sekitar bandar ini dan kita dalam usaha mencari alat tersebut sebagai barang kes,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, selain itu pihaknya sudah mengenal pasti individu yang merakam video dan dimuat naik di laman sosial untuk membantu siasatan.
Abdul Aziz berkata polis juga sudah merakam percakapan Sim semalam dan sekiranya ada sebarang keperluan dalam siasatan, polis akan  memanggilnya semula untuk memberi keterangan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Dalam kejadian 1.10 tengah hari Isnin lepas, Kiki yang memandu sendirian mengamuk dan mengetuk kereta Sim dengan pengunci stereng setelah kereta Sim secara tidak sengaja melanggar kereta Peugeot 208 milik Kiki. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir