Terdapat
segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping
Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung
yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang
agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan
agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan
entah ulama mana yang dijadikan sandaran.
Sebenarnya,
Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti
tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk
dengan alasan
tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah
ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan
sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.
Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang
memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita
tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.
SYARAT 1 :
Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai
tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la
pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti
tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh
terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa
betul.
SYARAT 2 :
SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita
boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi
solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat
So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.
SYARAT 3 :
Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya
ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai
baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat
dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat,
walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 :
Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi
yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat
tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh
dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni
kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde
bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita
solat.
SYARAT 5 :
Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki
kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi
longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada
khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada
syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek
dan nipis. Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 :
Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan
solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai
seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh
hingga menutup punggung dan peha.
.Banyak benda
perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan
pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya
labuh.