SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Gambar | Punca Syiling PWTC Runtuh, Dua Anggota Tentera Cedera

Gambar | Punca Syiling PWTC Runtuh, Dua Anggota Tentera Cedera

Dua anggota tentera cedera ringan apabila terkena serpihan siling selepas menonton demonstrasi letupan bom sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang tadi.

 Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata dua tentera berkenaan seorang daripadanya cedera ringan di kepala manakala seorang lagi pengsan dihempap siling itu.







"Keadaan mereka bagaimanapun dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
"Kejadian itu berpunca daripada demonstrasi letupan bom (sebenar) oleh pasukan tentera yang mengakibatkan sebahagian siling anjung PWTC di tingkat dua runtuh," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 5 petang dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir