SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , » Gambar | Detik Cemas MH192 Berpatah Balik Kerana Masalah Tayar

Gambar | Detik Cemas MH192 Berpatah Balik Kerana Masalah Tayar


Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.






Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut mengalami kerosakan pada tayar bahagian kanan sewaktu berlepas.

Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam. Pesawat itu membawa 166 orang yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir