SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Fakta : Rahsia Samsung Galaxy S Series Yang Anda Tak Tahu

Fakta : Rahsia Samsung Galaxy S Series Yang Anda Tak Tahu

Samsung telah berjaya memonopoli pasaran peranti Android sejak syarikat teknologi Korea Selatan itu melancarkan siri Galaxy S pada tahun 2010.

Kini, Samsung berusaha untuk mengukuhkan takhtanya dengan memperkenalkan generasi kelima siri Galaxy S, setara dengan kejayaan model-model sebelumnya.
Dengan menggunakan info grafik berikut, mari kita lihat perbezaan di antara
kelima-lima genarasi Galaxy S ini.

Galaxy S yang merupakan keluaran pertama yang dikuti Galaxy S II, Galaxy S III, Galaxy S 4 dan Galaxy S 5 menunjukkan peningkatan dari semua aspek.
Ia termasuk dari segi saiz rekabentuk, kadar jangka hayat bateri, paparan, chip prosesor dan kadar kamampuan megapixel kameranya.
Rekabentuk, saiz, dan ketebalan
Bercakap mengenai rekabentuk, pihak Samsung mengatakan mereka membawakan rekaan yang selesa pada tangan, dan bahagian belakang yang lembut untuk dipegang.
Selain rekabentuk peranti, pihak Samsung turut sama mengemaskini rekaan antaramuka telefon pintar mereka.
Samsung Galaxy S5 membawakan rekaan ikonik untuk peranti Samsung. Kerangka belakang Samsung Galaxy S5 masih boleh dibuka untuk memasukkan kad-SIM.
Jika diikuti dari model S yang pertama, kerangka dan saiz setiap peranti menunjukkan peningkatan dari segi ketinggian dan lebar. Galaxy S dan Galaxy S II memperlihatkan bentuk yang bersegi di hujung bucunya berbanding genarasi yang berikut yang lebih ke arah melengkung.
Paparan Skrin
Galaxy S5 menawarkan paparan 1080p Super AMOLED yang menakjubkan, replikasi berwarna unggul, serta mampu memberikan paparan jelas mahupun terdedah secara langsung terhadap cahaya matahari.
Sebagai contoh, ia akan lebih terang pada keadaan cerah, dan sedikit malap ketika keadaan gelap. Bagi generasi S yang sebelumnya, peningkatan dapat dilihat melalui kualiti grafik setaraf dengan teknologi AMOLED yang digunakan pada peranti-peranti yang lain. Dari 4.0, 4.3, 4.8 dan yang terbaru 5.1 yang berada di Galaxy S5.
Kamera
Seiring dengan perkembangan teknologi pemprosesan imej, kelima-lima generasi ini mempunyai kadar megapixel yang sangat baik berbanding dengan jenama telefon pintar yang lain.
Daripada model pertamanya yang mempunyai 5 megapixel, ke 8 megapixel, 13 megapixel, Galaxy S5 mempunyai kualiti megapixel di antara yang terbaik di kalangan telefon pintar.
S5 dilengkapi dengan kamera 16 megapixel pada bahagian belakang yang menyertakan sokongan rakaman video 4K, kebolehan menambah efek pada gambar, rakaman video HDR, dan juga fungsi baru dinamakan ‘Selective Focus’.
Berkemungkinan kebanyakan fungsi kamera ini tidak digunakan pengguna, namun ia sesuatu yang menarik untuk melihat Samsung menyertakan dan menambahbaik salah satu aplikasi yang sering di akses pengguna.
Chip sistem, prosesor dan kadar jangka hayat bateri
Merujuk kepada paparan info grafik daripada generasi pertama sehingga kelima, hanya satu perkataan yang sesuai digunakan iaitu evolusi. Daripada keluaran pertama yang menggunakan 1Ghz Single-Core prosesor ke 1.2Ghz Dual-Core yang berada di S2 dan 1.4Ghz Quad-Core yang terdapat di Galaxy S3.
Bermula dari generasi S3, kesemua generasi berikutnya menggunakan teknologi Quad-Core sehingga kemunculan Galaxy S5 yang mengeluarkan dua varisi prosesor chipsetnya iaitu Snapdragon 801 Soc (2.5Ghz Quad-Core) dan Exynos octa-core Soc (yang buat masa ini hanya di pasaran India)
Galaxy S5 menggunakan bateri berkapasiti 2800mAh yang menawarkan masa pelayaran web sehingga 10 jam ataupun masa memainkan video sehingga 12 jam. Untuk membolehkan pengguna menggunakan peranti untuk lebih lama, Samsung menyertakan sebuah fungsi dinamakan sebagai ‘Ultra Power Saving Mode’, yang akan mengubah skrin ke warna hitam dan putih, serta mematikan semua fungsi dan hanya mengaktifkan panggilan telefon dan SMS sahaja.
Samsung mengatakan apabila bateri berada dibawah tahap 10%, peranti tersebut boleh digunakan sehingga 24 jam lagi apabila mod ini diaktifkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir