SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Hutang PTPTN Mansuh 1 Februari 2014 ???

Hutang PTPTN Mansuh 1 Februari 2014 ???

SENAK sekejap perut penulis tatkala melihat ‘caption’ beberapa individu yang berkongsi gambar surat pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) mulai 1 Februari tahun ini menerusi laman Facebook.

Melalui surat yang bertarikh hari ini, PTPTN akan dimansuhkan bagi meringankan beban perbelanjaan kehidupan rakyat.
PTPTN Mansuh Mulai 1 Februari 2014?
Wah, ini satu berita baik buat para peminjam yang belum menjelaskan hutang yang tertangguh.
Tapi…sila kembali ke dunia realiti kerana surat ini datangnya daripada ‘Raja’ Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara, Y.M HasbulJalil Bin Hassan.
PTPTN Mansuh Mulai 1 Februari 2014?
Pendek kata, ia merupakan surat palsu yang dibuat sekadar untuk suka-suka oleh sebuah laman Facebook parodi, ‘RajaNusantara Empayar Langkasuka Nusantara’.
Waduh-waduh! Musnah impian…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir