SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , » Gambar - Sekitar Majlis Merisik Puteri Sarah Liyana Untuk Syamsul Yusof

Gambar - Sekitar Majlis Merisik Puteri Sarah Liyana Untuk Syamsul Yusof

Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof hampir pasti bakal memperisterikan pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin apabila ibu bapanya datang merisik, semalam.

Datuk Yusof Haslam dan isteri, dipercayai datang merisik Puteri Sarah di kediamannya,
berdasarkan berita dan gambar yang dikongsikan di laman gosip Forum Cari.
Walaupun dikatakan cuma merisik, namun pelamin digunakan seolah-olah sudah majlis bertunang kan?

140352ab3ozmaoootmntmu
140359tldx8klsas8cd8q8

Sebelum ini hubungan Syamsul dan Puteri Sarah menjadi bualan apabila Syamsul dikatakan berang dengan tindakan bekas teman lelaki Puteri Sarah, Ammar Alfian menyindirnya menggunakan Twitter.
Begitu pun, Syamsul kemudiannya bertindak berdiam diri daripada mengulas isu berkenaan mahupun hubungannya dengan Puteri Sarah. Bagaimanapun dia dikatakan pernah mengakui kepada ibu bapanya ingin mengakhiri zaman bujang pada hujung tahun lepas.
Sejak akhir-akhir ini Syamsul dilihat semakin menghampirkan diri ke arah agama termasuk menunaikan umrah, bercampur dengan rakan-rakan yang sudah berhijrah, sering mengikuti majlis ilmu dan memuat naik status-status islamik di media sosial miliknya.

11428647753_5f5ed7d283_o

Didoakan, semoga hubungan antara Syamsul dan Puteri Sarah yang kini tampil manis bertudung akan berakhir di jinjang pelamin.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir