SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Gambar | 3 Lamborghini Terbakar Milik Rakyat Singapura di Lebuhraya Utara Selatan

Gambar | 3 Lamborghini Terbakar Milik Rakyat Singapura di Lebuhraya Utara Selatan

Sesiapa yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban pagi semalam, pasti terperangkap dalam jem teruk.
KLIK UNTUK LEBIH GAMBAR 


Puncanya macam biasa, kemalangan.
Tapi kemalangan di Kilometer 260 jam 9.55 pagi semalam boleh kata agak ‘lain sikit’ kerana ia membabitkan tiga kereta mewah yang hangus terbakar.
Kereta mewah yang terlibat pula bukan calang-calang, Lamborghini yang dipercayai milik warga Singapura yang sedang dalam perjalanan konvoi ke Kuala Lumpur.

Minit 3:40: Kalau nak ke majlis, baju mana yang korang pilih?

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, kemalangan dipercayai bermula apabila salah satu kereta terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakangnya terpaksa merempuh kereta berkenaan seterusnya menyebabkan kebakaran.
Dua jentera bomba bersama 14 anggota tiba segera berkejar ke tempat kejadian dan tiba tujuh minit kemudian tapi waktu ini tiga kenderaan mewah terbabit dah pun hangus terbakar.


Pemandu dan penumpang bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.
Kalau kereta mahal yang mempunyai sistem keselamatan baik pun kantoi dalam cuaca tak menentu sekarang, apatah lagi kereta ‘biasa’ macam kebanyakan kita guna.


Jadi kepada para pemandu, hati-hati sebab kemalangan tidak semestinya berpunca daripada jentera yang kita guna tapi mungkin juga keadaan jalan atau sikap kita sendiri ketika memandu.
Di bawah, kami sertakan gambar kemalangan Lamborghini pagi semalam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir