Untuk pengetahuan anda, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ariana
Rose (Nur Fathia) yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam Kamil (Keith Foo) di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita (Tasha Shila).
Tindakan Ariana yang mengaku sedang mengandungkan anak Tengku Adam menggamatkan suasana dan menyebabkan perkahwinan tersebut tidak diteruskan.
Apakah motif Ariana hingga sanggup mneghancurkan masjid yang bakal dibina oleh Tengku Adam? Dan persoalan terbesarnya, mampukah Ariana Rose membuatkan penonton tergesa-gesa pulang ke rumah dari pejabat untuk menonton drama ini?
Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan drama arahan Raja Alauddin Shah ini yang akan bersiaran pada 30 Disember 2013 di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.