Untuk pengetahuan, Saiful Nang adalah antara photographer terbaik
di Malaysia dan sekarang ini berada di tanah suci Mekah. Kisahnya bermula apabila
beliau melihat dua orang lelaki bangla berjalan sambil berpegangan tangan.
Biasa kita lihat bangla lelaki dengan lelaki jalan berpegangan
tangan kan? Perkara
yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri
untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama
kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang
atau gay?
Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.
“Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil
kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu
semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua
gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan
kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu
untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti
mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih
sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang
kata kami gay”.
Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar
sesuatu yang baru. Jika dulu “Gay” bermaksud “Sangat Gembira” hari ini, makna
bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga
dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari
ini kita merasakan itu satu yang jijik.
SAIFUL NANG
Madinah Al-Munawwarah
p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat
bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat.
p/s 2 :
walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki
saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda
anda semua bagaimana?
Selama ni tak terfikir pulak kan. Semoga artikel ini bermanfaat
untuk dikongsi bersama