Ketika Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM masih memburu perancang utama rompakan Ambank di Subang Jaya, Selangor pada petang 23 Oktober lalu, Joemar Omar. Nampaknya, perancang utama kes tembak ini, Joemar seperti tidak risau, malah masih aktif mengemaskini status akaun Facebook keduanya. Mungkinkah Joemar kini selamat melarikan diri ke seberang?
Untuk rekod, RM428,200, wang hasil rompakan masih berada di tangan Joemar sedangkan
Loade Ardina meringkuk di lokap.Setakat ini, belum lagi kedengaran berita penjenayah, rakan pembunuh, Loade Ardina Loade Rasila itu diberkas.
Polis percaya, Joemar masih berada di Malaysia. Dua hari lalu, Joemar telah memadamkan akaun facebooknya pertamanya. Mungkin dia menyedari, pelbagai informasi mengenai dirinya telah didedahkan kepada umum.
Berikut status terkini akaun facebook kedua, milik Joemar, menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino. Sebelum ini dia menyamar sebagai Osman Salleh dan bertugas sebagai pengawal keselamatan haram,
Untuk rekod, ‘dumay’ dalam bahasa ringkas Indonesia bermaksud ‘dunia maya’ Dumai. Sama seperti ‘jablay’, jarang dibelai.
Di bawah, status facebook Joemar, 3 hari selepas kejadian rompakan bank.
Lihat komen terakhir di status di atas, mengenai soalan dikemukakan oleh lelaki dikenali Imel Alin.
Loade ARDINA kini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh polis di Malaysia. Jika sabit kesalahan, dia akan digantung sampai mati.
Berikut pula status Joemar pada 24 Oktober 2013 (sehari selepas kejadian)
sumber : sini