SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , , , » Awie Muflis Kerana Perniagaan Kelab Malam Tak Menjadi ???

Awie Muflis Kerana Perniagaan Kelab Malam Tak Menjadi ???

Pada awal tahun lalu, Awie telah membuka sebuah kelab malam yang dinamakan Malai Rock Station di Ipoh. Isu ini menimbulkan kritikan banyak pihak dan tak kurang kurang yang mencerca Awie kerana ‘menghalalkan’ perniagaan itu.
AWIE NAFI MUFLIS ????

Walaubagaimanapun, Awie menjawab tohmahan itu dengan menyatakan bahawa industri
tersebut satu-satunya bidang yang diketahuinya.
Isu ini berlaku pada awal Jan 2013 yang lalu. Kini, desas desus yang mengatakan bahawa Awie muflis timbul. Mendengar khabar angin tersebut, Awie menjawab soalan tersebut dengan mudah.
“Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis.”
“Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya, asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya,”
Selain itu, Awie juga dikhabarkan telah memindahkan segala harta dan aset kepada isterinya, Rozana Misbun. Namun apabila soalan ini dibangkitkan, Awie sekali lagi cuba mengelak pertanyaan tersebut dan memberi jawapan seperti berikut:
“Kalau pun saya pindahkan harta atau apa saja pada mereka, itu hak saya. Mereka adalah isteri dan anak-anak saya, keluarga saya sendiri.”
“Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi, apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja,”

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir