Pelakon dan ahli kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam risau diserang penyakit asma ketika menjalani penggambaran program Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan bermula 9 Oktober ini.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata,
jika penyakit itu menyerang dia bimbang akan menyusahkan pihak produksi selain mengganggu penggambaran yang dijangka selesai dalam masa dua minggu.
"Insya-Allah untuk menghadapi cabaran seperti berada di tempat tinggi atau dikurung bersama binatang berbisa mungkin tiada masalah tetapi saya cuma bimbang akan diserang asma.
"Bagaimanapun saya harap penggambaran itu nanti akan berjalan lancar dan dapat menyelesaikan semua cabaran dengan baik," jelasnya kepada mStar Online.