SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » "Saya Mahu Anak Ramai"- Black

"Saya Mahu Anak Ramai"- Black


Juara program Mentor musim ketiga, Black mengimpikan sebuah keluarga besar memandangkan dia dan isteri, Naquia Yasirah atau Cira masing-masing datang daripada keluarga yang kecil.


“Saya ada tiga adik beradik, begitu juga isteri. Jadi saya mahu mempunyai keluarga yang besar dan anak yang ramai,” kata Black setelah selesai majlis akad nikahnya di Zebra Square, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Tidak membuat perancangan keluarga, kata Black, dia berharap untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.

“Ada yang buat perancangan untuk memiliki anak, tapi saya tak mahu tunggu kerana saya percaya anak adalah rezeki. Lagi cepat, lagi bagus,” katanya.

Black sah menjadi suami kepada Cira dengan sekali lafaz mula terpikat dengan gadis itu sejak setahun lalu. Kata Black, Cira tidak tahu menahu bahawa Black merupakan seorang selebriti dan hal itu yang membuka pintu hati Black untuk mendekati dan mengenal hati budi Cira.

“Saya memang nak cari wanita yang tidak kenal saya. Apabila saya jumpa dia pada 18 Oktober tahun lepas, dia salam saya macam saya ni orang biasa. Sejak dari itu, saya cuba cari tahu siapa dia dan cuba dapatkan dia,” jelas Black.

Bagi Cira pula, sifat penyayang Black yang membuatkan dia terpikat dan terbuka pintu hati untuk menerima Black dalam hidupnya.

“Dia jaga ibu bapanya dengan baik. Saya percaya dia juga akan jaga saya dengan baik,” jelas Cira ringkas.

Black dan Cira sebelum ini melangsungkan pertunangan tanpa pengetahuan media pada 26 Januari lalu. Jelas Black, dia tidak berniat merahsiakan pertunangan tersebut, sebaliknya dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang pertunangan yang terjalin tidak bertahan.

Berbeza dengan pasangan pengantin baru lain, Black dan Cira tidak memilih destinasi percutian romantik untuk bulan madu, tetapi pasangan mempelai ini khabarnya bakal menjalankan ibadah Umrah pada awal tahun hadapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir