Bergelar
seorang pelakon bukan seindah yang digambarkan kerana setiap gerak geri pasti
sahaja diperhatikan oleh setiap mata. Kalau cerita baik mungkin tidak akan
menjadi masalah bahkan akan menjadi ikutan namun sekiranya kedengaran berita
yang kurang enak pasti sahaja masalah akan menyelubungi artis yang terlibat.
Gosip bukan satu perkara yang asing
terhadap artis-artis, tidak terkecuali turut singgah kepada bintang utama siri
Kampung Girl, Nad Zainal.
Menurut satu sumber, Nad dikatakan tinggal
sebumbung bersama teman lelakinya yang juga artis baru, Azman Kombos. Jelas
sumber itu lagi, kelibat Azman selalu sahaja bertandang ke kediaman Nad di
Ampang, Selangor.
“Mengucap panjang saya apabila dapat tahu
perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya
tidak pernah melakukan perkara-perkara terkutuk seperti yang didakwa.
“Saya tidak nafikan yang Azman memang
datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah.
Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang ke rumah.
“Mungkin orang berkata begitu kerana
terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam. Kebiasaannya dia menghantar saya
pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada
penggambaran,” jelas Nad.
Malah tegasnya, perkara negatif seumpama
itu tidak akan dan tidak pernah berlaku kerana dia tinggal dengan keluarga.
“Saya cukup pelik apabila ada manusia yang
sanggup mendakwa saya melakukan perkara keji itu. Saya tahu apa benda yang
patut dan tidak patut saya lakukan, saya juga perlu jaga nama saya dan kedua
ibu bapa saya yang membesarkan saya selama ini,” tegasnya.
Sudah menjalinkan hubungan selama tiga
tahun, Nad memberitahu hubungannya bersama Azman adalah serius.
“Saya dan Azman memang serius dalam
hubungan ini dan saya harapkan hubungan kami akan menjadi seperti yang saya
harapkan.
“Ramai peminat yang bertanya bila kami akan
hidup bersama (kahwin). Buat masa ini kami masih tidak ada tarikh dan masa yang
tepat untuk ke arah itu namun saya harapkan doa semua agar hubungan ini akan
berkekalan selama-lamanya,” jelasnya.