Isteri Adi Putra yang ditanya berkenaan hal ini memberikan kenyataan agar orang ramai jangan terlalu mudah untuk menghukum dia.
‘Jangan mudah hukum dia’
Biarpun suaminya yang juga pelakon terkenal, Adi Putra, dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, namun Aida Yusof menegaskan, kontroversi terbabit tidak akan sesekali menggugat keharmonian rumah tangga mereka.
[PANAS] ADIBAH KONGSI KISAH YG PALING BEST!!Malah tegas wanita itu, dia akan tetap berdiri teguh di belakang suaminya walau apapun yang terjadi.
Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku.Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya, kata Aida ketika dihubungi HIP, petang semalam.
Enggan ganggu siasatan polisSebagai isteri merangkap pengurus kepada aktor terbabit, tindakan Adi mendiamkan diri sebaik saja berita mengenai dirinya disiasat polis kerana bertukar-tukar gambar dan mesej lucah dengan peminatnya, yang juga isteri orang, seperti disiarkan dalam akhbar ini semalam, bukanlah kerana dia mahu melarikan diri.Sebaliknya tegas Aida, pelakon KL Gangster 2 itu berbuat demikian kerana tidak mahu mengganggu kes yang kini sedang dalam siasatan polis.
Adi tidak melarikan diri ke mana-mana. Dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu. Dia berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan.Apapun ianya telah menjadi kes polis dan kita biarkanlah pihak polis yang menyiasatnya. Personally, kami merasakan Adi Putra menjadi mangsa keadaan. Sebelum ini pun dah banyak kali perkara yang lebih kurang ini berlaku pada beberapa artis lain apabila peminat yang tergila-gilakan pelakon kegemaran mereka sanggup lakukan apa sahaja atau mungkin mempunyai niat untuk menjatuhkan karier dan imej baik seseorang pelakon. Moga kebenaran berpihak pada yang benar. Kita doakan yang terbaik untuk perkara ini selesai dengan baik. – Berita Harian