Pelakon Syazwan Zulkifly yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Karak, semalam, tampil membuat permohonan maaf kepada bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zailani menerusi laman Twitternya, awal pagi tadi.
Gambar | Nabila Huda Kemalangan, Anak Tercampak Keluar
Sebelum ini, Zaidy meluahkan perasaan berangnya terhadap Syazwan yang memandu kenderaan Mitsubishi Triton sehingga terbalik di tempat kejadian.
Anak Zaidy dan Nabila, Keisha Laila dikatakan tercampak keluar dari kendaraan itu dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara.
Walau bagaimanapun, Syazwan telah pun meminta maaf di atas insiden tersebut dan mereka berdua sudah pun berjanji akan berjumpa di antara satu sama lain selepas ini.
Sementara itu, Nabila hanya mengalami kecederaan kecil di telapak kakinya dan menerima rawatan di Hospital Bentong.