SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , » Gambar | Sekitar Majlis Pernikahan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof

Gambar | Sekitar Majlis Pernikahan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof

Pelakon dan model Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Mohd Yusof dengan sekali lafaz, sekitar 9.43 malam tadi.

Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Yg Bhg
Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki yang merupakan Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.
Majlis pernikahan Fouziah Gous & Zhafran ini yang dihadiri seramai kira kira 200 orang tetamu itu telah dijalankan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.


Pihak lekaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.
Pihak lelaki menerima hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.
Manakaka pihak perempuan menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.
Persalinan pengantin pada malam ini direka oleh Ailina Aimi yang berkonsepkan Arab Pakistan dan pengacara majlis pada malam ini ialah Adam Zainal.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir