Selepas
hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang,
pelakon terkenal Adi Putra (gambar) semalam menegaskan dia langsung tidak
mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya.
Kenyataan
itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar
menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida
adalah miliknya.
Menurut
Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan
umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.
“Secara
jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan
perbuatan itu di Tanah Suci,” ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya
sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) semalam.