Beijing – Seorang budak lelaki berusia lima tahun di China menjadi individu paling muda di dunia yang berjaya menerbangkan sebuah pesawat ringan.
He Yide atau nama gelarannya Duoduo, menamatkan penerbangan selama 35 minit di Taman Hidupan Liar Beijing pada Sabtu lalu.
Bapanya,He Liesheng membayar sebanyak 30,000 yuan untuk kelas penerbangan dan dia kini mahu mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness Book of Records
He Liesheng yang menggelar dirinya sebagai ‘Eagle Dad’ telah menjadi liputan media pada tahun lepas selepas dia memaksa anaknya melakukan tekan tubi dalam cuaca sejuk bersalji di New York.
Dia yang terkenal dengan sikap tegas itu menulis dalam twitternya `Penerbangan pertama (Duoduo) amat berjaya dan dia tidak takut langsung’’.
Biarpun ada seorang penyelia bersama dalam pesawat itu, namun dia hanya memantau bagaimana Duoduo menerbangkan pesawat tersebut.
Duoduo sebelum ini menerima latihan yang keras daripada bapanya itu selepas dia dilahirkan tidak matang.
Tahun lepas, He Liesheng dan dua anaknya terpaksa diselamatkan dari Gunung Fuji di Jepun akibat cuaca buruk, selepas mereka tidak mengendahkan amaran yang diberikan.
Ketika itu, mereka hanya membawa bekalan coklat dan air kerana menyangka terdapat laluan pintas ke gunung berkenaan.
Mereka juga tidak membawa baju tahan sejuk menyebabkan anak-beranak tersebut kesejukan.