SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Anuar Zain Rancang Tinggal Di Rumah Orang Tua Pada Masa Akan Datang

Anuar Zain Rancang Tinggal Di Rumah Orang Tua Pada Masa Akan Datang

Sehingga hari ini, pasti ramai peminat yang ingin tahu bilakah penyanyi popular Anuar Zain bakal bertemu jodoh dan dalam temubual bersama media baru baru ini pun soalan berkaitan teman hidup ini tidak boleh lari dari diajukan.


Memasuki usia 43 tahun kini, Anuar Zain mengulangi pendirian beliau bahawa ianya bukan satu perkara yang membimbangkan kerana jodoh pertuam itu semuanya urusan Tuhan.
“Belum sampai jodoh lagi. Saya tidak boleh bertanya kepada Dia (Allah) bila jodoh saya akan tiba. Apa-pun saya serahkan kepada-Nya,” ujarnya seperti di’laporkan Murai hari ini.
“Lagipun buat masa sekarang saya masih belum bertemu dengan mana-mana kenalan wanita. Saya tidak bimbang kerana itu semua urusan daripada-Nya”
Menariknya, Anuar Zain mempunyai rancangan sendiri jika tidak bertemu jodoh sehingga hari tuanya — tinggal di rumah jagaan orang orang tua kerana merasakan akan mendapat penjagaan rapi dari orang sepatutnya.
“Saya sudah bersedia jika ditakdirkan saya masih belum berkahwin dan menimang cahaya mata di usia yang lanjut. Malah saya sudah merancang untuk tinggal di pusat penjagaan rumah orang tua kerana di situ kita boleh dijaga rapi oleh orang yang sepatutnya”
“Pada saya tidak salah jika orang tua dibawa ke rumah penjagaan rumah orang-orang tua kerana banyak pusat-pusat penjagaan orang tua yang bagus dan selesa serta sesuai untuk usia begitu”
Anuar Zain turut berkata walaupun menjalani kehidupan bujang ketika ini, beliau merasa bahagia hidup bersama keluarganya selain mempunyai bilangan anak buah yang ramai. Good for you!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir