Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi.
Beliau berusia 33 tahun. Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.