Segala persiapan bagai dari A sehingga Z sudah dilaksanakan, namun mereka tiada jodoh akhirnya. Menurut portal Utusan semalam, Fiza redo dengan ujian yang diberikan padanya.
"Saya akui sangat kecewa kerana banyak persiapan sudah dibuat. Sepatutnya saya menjadi seorang isteri semula pada Ramadan kali ini, tetapi tidak berlaku,Fiza telah bercerai dengan suami pertamanya, Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 4 November 2010 yang lalu.
"Siapa dia, tidak perlulah saya beritahu kerana perkahwinan itu tidak menjadi pun. Bila tidak jadi berkahwin, saya sudah reda.
"Sebagai insan, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin akan datang jodoh baru, saya terima apa saja daripada Yang Maha Esa,"- Fiza