SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Gambar | Sebab Fasha Sandha Tak Mahu Lakon Adengan Intim

Gambar | Sebab Fasha Sandha Tak Mahu Lakon Adengan Intim

Meskipun hanya membawakan watak sebagai pasangan suami isteri bersama aktor Aaron Aziz di dalam drama bersiri, Tentang Hati, namun pelakon Fasha Sandha akui dia perlu menjaga batas-batas sebagai isteri kepada Jejai atau Rizal Ashram Ramli.
Ada Had Berlakon Adegan INTIM Sebab Dah Kahwin, Kata Fasha Sandha

Fasha Sandha berkata dia dan Aaron faham dan akur untuk menjaga batas di dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang masih lagi menjalani penggambaran itu demi menjaga hati pasangan masing-masing.
“Ini bukan kali pertama saya berlakon dan bekerjasama dengan dia (Aaron Aziz), tapi ini adalah kali kedua selepas filem Evolusi KL Drift diadakan sejak beberapa tahun yang lalu. Cuma kali ini, kami bergandingan dan menjadi pasangan suami isteri.
“Jadi kami tiada masalah untuk bekerjasama kerana dia pelakon yang sangat bagus. Malah, chemistry juga senang untuk diwujudkan kerana masing-masing sudah buat homework dari skrip yang diberikan.
“Kami tidak kekok ketika melakonkan babak cinta tapi ada hadnya la untuk babak intim dan sebagainya kerana kami masing-masing pun sudah ada pasangan (berkahwin),” katanya kepada murai.com.my
Fasha Sandha ditemui di lokasi penggambaran drama Tentang Hati yang terletak di Hulu Langat Selangor, baru-baru ini. Drama yang diarahkan oleh pengarah Feroz Kadir itu turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Rusdi Ramli, Anzalna dan ramai lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir