Selepas lima tahun bergelar janda, akhirnya pelakon, Abby Abadi telah bertemu jodoh dan berkahwin buat kali kedua baru-baru ini bersama jejaka pilihannya.
Berita itu sedikit sebanyak mengejutkan dunia hiburan tanah air kerana tiada sebarang desas-desus bahawa aktress tersebut bakal berkahwin lagi.
Abby dan Farhan selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu dan khabarnya majlis tersebut diadakan di Thailand. Apabila melihat gambar perkahwinan yang dimuat naik oleh Abby menerusi laman Instagramnya, nyata majlis pernikahan mereka sudah dirangcang rapi.
Di sini, Wowberita ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Abby Abadi dan Farhan. Semoga penyatuan dua hati ini sebagai suami isteri akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.