Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim menarik balik permohonan berpoligami selepas Ashraf mengaku bernikah kali kedua dengan seorang bekas krew produksi sebuah stesen televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu.
Ketika ditemui selepas prosiding, Ashraf yang berpakaian sedondon dengan isterinya, Noor Dayana Lokman, 26, terus keluar dari mahkamah dan enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.
"Ini pasal rumah tangga jadi tak payah nak cerita" katanya sambil berpimpin tangan dengan Noor Dayana.
Noor Dayana pula kelihatan tenang dan hanya menundukkan wajahnya.
Noor Dayana pula kelihatan tenang dan hanya menundukkan wajahnya.
Terdahulu, Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, menarik balik permohonan berpoligami yang difailkannya pada 9 April lalu.