SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Gambar - Majlis Pernikahan Izzul Islam dan Awin Nurin

Gambar - Majlis Pernikahan Izzul Islam dan Awin Nurin

Bertempat di Dewan Shah Alam, hari ini berlangsungnya majlis pernikahan pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam yang sah bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Awin Nurin.
ohartis-pernikahan-izzue-islam-3
Majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 9.45pagi tadi diijabkabulkan sendiri oleh bapa Awin iaitu Waharudin Jonit, 58 dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Izzue, 23, bijak merahsiakan percintaan dengan pengurus sendiri selama 5 tahun malah Izzue dan Awin telah mengikat tali pertunangan pada bulan Jun 2012 tanpa pengetahuan peminat.
“Sejak mengenali dia, hubungan kami semakin rapat tetapi tidak pernah terfikir pun untuk menamatkan zaman bujang. Namun, apabila jodoh sudah ditentukan bersama, saya memilih Awin sebagai isteri,” kata Izzue Islam.
Menurut Izzue, perkenalannye dengan Awin adalah pada ketika dia bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue selepas dia menceburi bidang lakonan pada tahun 2009.
Majlis resepsi pasangan ini akan di’adakan pada tengahari ini bertempat di Dewan Shah Alam juga & mengambil konsep indoor garden sebagai tema.
ohartis-pernikahan-izzue-islam-4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir