SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Gambar - Blogger Beautiful Nara Dirompak , Hilang BMW 3 Series

Gambar - Blogger Beautiful Nara Dirompak , Hilang BMW 3 Series

SUNGAI BULOH – Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.
Blogger BeautifulNara Dikepung, BMW RM350,000 Dilarikan!

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.
Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.
“Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.
“Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.
Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.
Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341. – SINAR HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir