SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Fara Fauzana Tinggalkan Dunia DJ ?? Pilih Jadi Penyanyi !!

Fara Fauzana Tinggalkan Dunia DJ ?? Pilih Jadi Penyanyi !!


Langsung tidak menyangka perlu menyanyi bersama Misha Omar dan Amy Mastura sebagai gandingannya dalam pementasan teater Nyonya & The Gang, Fara Fauzana tidak keberatan untuk menyanyi biarpun itu bukan kepakarannya.
 
Penyampai radio dan pengacara popular, Fara mengakui agak segan untuk menyanyi bersama kedua penyanyi yang mempunyai vokal jauh lebih baik darinya. Namun Fara menyahut cabaran tersebut sekali gus cuba memberikan yang terbaik untuk tontonan peminat.

“Memang pada mulanya saya segan dan takut kerana perlu menyanyi depan Amy dan Misha. Saya juga ada masalah 'stage fright' tetapi saya cuba mengatasinya sebaik mungkin. Saya tidak kisah sekiranya dikritik kerana saya memang sudah biasa menghangitkan lagu untuk rancangan Hot fm Hangit,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, baru-baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir