Sejak mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu, pelakon Liyana Jasmay akui dia perlu peka dan menjaga batas serta susilanya ketika berlakon demi menjaga hati suaminya, Fathuddin Mazlan.
Justeru, ketika menerima naskhah daripada pengarah Bade Hj Azmi, Liyana Jasmay berkata, terlebih dahulu dia terpaksa mengelak untuk bersentuhan ketika melakukan babak dirinya diorgol dalam filem terbaru berjudul Sindiket.
"Sebenarnya sejak dari dahulu lagi saya peka dengan babak bersentuhan yang intim dan seksi ini kerana bagi saya sebagai seorang pelakon kita ada hak untuk menjaganya walaupun kita hanya melakonkannya.
"Jadi bila saya menerima dan menjaga skrip filem Sindiket ini, ada babak yang perlu saya peka iaitu dirogol dan perlu berpakaian seksi. Saya beritahu Abang Bade yang saya tak mahu bersentuhan ketika dirogol. Maksudhnya mungkin dia boleh buat ianya sebagai kamera trick sahaja tanpa ada sebarang aksi bersentuhan.
"Saya mahu menjaga perasaan suami saya juga kerana saya kini berstatus isteri. Biar nampak seperti saya dirogol teruk tetapi tiada babak sentuhan di set itu sudah mencukupi," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran filem Sindiket di restoran Rebung, petang semalam.
Liyana Jasmay bagaimana pun bersyukur kerana Bade seorang pengarah yang memahami dan bertangungjawab terhadap permintaan pelakonnya itu.
"Saya bersyukur kerana Abang Bade memang seorang pengarah yang memahami dan bertangungjawab kerana dia tidak nampak pelakonnya nampak murahan. Tak seperti pengarah lain yang tidak mengambil berat mengenai isu ini kerana bagi mereka ianya hanya lakonan dan pelakon perlu ikut arahan mereka tanpa menghiraukan status mereka yang sudah berkahwin atau tidak," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai filem terbaru lakonannya itu, Liayana Jasmay memberitahu dia samat ertuja untuk melakonkannya kerana sudah lama mengidamkan sebuah cerita yang mengisahkan mengenai isu memperdagangkan manusia.
"Pada mula saya baca skrip ini, saya sudah terpikat dengan kisahnya yang mana selama ini saya memang tertarik dengan filem yang mengisahkan mengenai pemerdagangkan manusia ini.
"Saya gembira dan teruja sangat untuk memulakan penggambaran file mini, lebih-lebih lagi di bawah arahan Bade," luahnya lagi
Selain Liyana Jasmay, Sindiket filem terbitan Loyal Studio Sdn Bhd itu turut bakal dibintangi pelakon hebat lain seperti Sharnaaz Ahmad, Sharifah Imani, Daphne Iking dan ramai lagi.
Mengenai perkembangan lain, Liyana Jasmay kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Sahabat untuk Astro sebelum memasuki set Sindiket tidak lama lagi.