Susulan daripada isu rumahtangga Ashraf Muslim yang dilaporkan sedang mengalami masalah semalam, hari ini timbul pula isu baru apabila seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Sakinah telah tampil mengaku sedia menjadi isteri kedua pelakon tersebut dan difahamkan telah mula mengenali Ashraf sejak beberapa tahun yang lalu.
Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap hal ini, cuma dia pesan elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun jika ia berlaku, dia redha.Saya sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan sahaja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.
Dalam pada itu, Sakinah turut melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu isu berkanaan mula tersebar di internet dan memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.
Sejujurnya saya terkejut dan sedih apabila perkara ini diketahui umum dan kecoh di internet. Kalau diikutkan saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai perkara ini ialah Ashraf. – Harian Metro