SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » "Mungkin Shah Jazle Diperangkap " - Miera Liyana, Bekas Kekasih

"Mungkin Shah Jazle Diperangkap " - Miera Liyana, Bekas Kekasih

Inilah yang dikatakan profesional. Bukannya hanya mengeluarkan kenyataan membuta tuli seperti kontroversi antara ‘keluarga’ yang sedang berlaku sebelum ini. Paling menyedihkan apabila alasan ‘off record’ diberikan selepas mengeluarkan kenyataan yang sangat mengecewakan.
Walaupun dikenali sebagai bekas kekasih kepada pelakon, Shahrizal Jaszle, Miera Liyana, 20, ketika ditemubual mStar Online mendedahkan dia bersimpati dengan kejadian yang menimpa bekas kekasihnya itu.

“Kesian dekat dia juga sebab mungkin kejadian sebenar kita tidak tahu dan mungkin juga dia (Shahrizal Jaszle) diperangkap.
Saya harap dia dapat hadapi dengan tabah.”
Miera juga turut menjelaskan bahawa pada mulanya dia menyangka berita ini hanyalah gurauan semata-mata dan hanya mempercayainya selepas terbaca di internet.
“Saya terkejut dan ingat perkara tersebut hanya gurauan apabila diberitahu oleh salah seorang pelakon, tapi apabila terbaca di internet baru saya percaya.
“Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya harap dia mengambilnya sebagai satu pengajaran buatnya.”
Pada 16 Mei lepas, Shahrizal Jaszle melalui kenyataan akhbar oleh Jabatan Agama Islam Selangor telah disahkan ditangkap khalwat di sebuah apartment yang bertempat di Subang. Dia kemudiannya dikhabarkan telah dijamin oleh tunangnya sendiri dan sehingga kini masih belum ada apa-apa kenyataan lagi dari Shahrizal sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir