Alhamdulillah…Pereka fesyen terkenal di Malaysia, Calvin Thoo telah memeluk agama Islam hari ini. Beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh Ustaz Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ustaz Solihin Mokhyi.
Calvin Thoo sudah bertapak dalam industri fesyen lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Beliau sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan sebagainya.