Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Songlap dan Adnan Sempit 2, Shaheizy Sam Abdul Samad, memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, yang berlangsung di Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Sam, 31, meraih 79,656 undi, sekali gus mengetepikan saingan kelompok empat artis yang mendapat undi tertinggi dalam kategori utama itu - Aaron Aziz, Zizan Razak, Neelofa dan Adi Putra.
Berikutan kemenangan itu, Sam memenangi hadiah utama, kereta Nissan Coupe 370Z tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berharga RM370,000, selain barang kemas Habib tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000 berserta trofi.