SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Sebab @Shilaamzah Tidak Hadir #ABPBH2012

Sebab @Shilaamzah Tidak Hadir #ABPBH2012

Pasti ramai yang tertanya tanya ke manakah kelibat Shila Amzah di’malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 hujung minggu lalu di’saat nama beliau di’sebut.
Foto Istimewa Shila Amzah Di Amerika Syarikat

Buat kali pertama sejak bergelar anak seni, Shila Amzah berjaya merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular tetapi beliau tidak dapat naik ke atas pentas untuk mengambil anugerah kerana komitmen kerja.

Shila Amzah sibuk mengikuti konsert jelajah di Amerika Syarikat bersama bintang pertandingan Asian Wave yang lain bertempat di Lincoln Centre New York, San Francisco & Las Vegas.
“Saya minta maaf sebab tidak dapat hadir. Selepas menamatkan konsert di AS bersama 5 penyanyi lain, saya ke Shanghai pula menyiapkan beberapa projek termasuk lagu tema China Idol dalam bahasa Mandarin”
Bukan itu sahaja, menurut Shila Amzah lagi beliau akan menjadi artis jemputan untuk konsert penyanyi lagenda Julio Iglesias yang akan di’adakan di tiga tempat berbeza di China sekitar April ini.
Memang sibuk & nampak bekerja keras penyanyi ini dan tidak hairanlah mampu merangkul gelaran Penyanyi Paling Popular. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir