Pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli telah sepakat memberikan nama Putra Rayfal Ramli kepada cahaya mata mereka yang dilahirkan pada hari isnin lalu.
Putra Rayfal Ramli dilahirkan secara pembedahan pada jam 9.21 pagi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Menerusi portal Murai, Fasha menyatakan,
“inilah saat terindah dalam hidup kami berdua dengan menyambut kelahiran anak sulung yang melengkapkan lagi rumah tangga kami.“Saya bersyukur dan berterima kasih atas segala doa yang memudahkan proses kelahiran ini,”kata aktres terkenal itu.
Suami Fasha sebelum ini turut mempunyai seorang lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya dengan aktres comel, Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia empat tahun.
Semoga anak Fasha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh kelak. InsyaAllah.