SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Ammar Alfian Dedah Puteri Sarah Kini Hangat Bercinta Dengan Syamsul Yusof

Ammar Alfian Dedah Puteri Sarah Kini Hangat Bercinta Dengan Syamsul Yusof

Pelakon dan model Ammar Alfian Aziz mendedahkan bekas kekasihnya Puteri Sarah Liyana sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof.

Bagaimanapun Ammar, 26, berkata, dia berasa pelik kenapa Puteri Sarah, 28, merahsiakan hubungan itu selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta sejak Oktober tahun lalu.
"Mereka mula akrab sejak Oktober 2013 dan kami putus pada Disember 2013. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.
"Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya.
"Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila dia (Puteri Sarah) sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Puteri Sarah dalam sebuah akhbar pada Ahad mendakwa hubungan cintanya dengan Ammar selama hampir lima tahun merupakan satu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir