Jika sebelum ini Memey Suhaiza meminta para peminat mendoakan diri beliau supaya kekal bertudung, ini merupakan berita baik kepada mereka yang gembira dengan perubahan aktress ini.
Mengakui sudah lama memendam hasrat untuk terus bertudung, Memey Suhaiza berkata kepada GUA yang beliau kini mengambil keputusan untuk bertudung secara kekal selepas memikirkan perkara ini sebaiknya.
“Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung”
Memey Suhaiza menambah yang suaminya Norman Hakim gembira dengan keputusan beliau itu kerana sebelum ini aktor itu ada menyuarakan hasrat beliau untuk melihat isterinya itu bertudung.
“Dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut harijadinya pada 8 Januari lalu. Namun, ketika itu saya masih belum bersedia,” ujar Memey Suhaiza yang akan terus berlakon jika ada tawaran.