Adakah pelakon Hanis Zalikha dan pemenang program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia, Hairul Azreen kini sedang bercinta?
Ini disebabkan keakraban serta kemesraan yang ditunjukkan di akaun Instagram masing-masing malah menimbulkan persoalan di kalangan peminat mereka sama ada mereka benar-benar bercinta atau pun tidak.
Menerusi sekeping gambar yang dikongsi Hairul, kelihatan Hanis dan dirinya bergambar mesra bersama kek pelangi bersempena ulang tahun ke 25 aktor itu yang jatuh pada hari ini.
Hairul sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon drama bersiri 6 Progesif selama empat tahun namun hubungan itu putus awal tahu ini ketika Hairul sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Capetown, Afrika Selatan.
Mungkinkah Hanis gadis yang berjaya mencuri hati Hairul untuk kembali bercinta?
Hanya tuan punya badan saja yang tahu akan kebenarannya.
Selamat hari lahir diucapkan buat Hairul, semoga terus sukses dengan karier yang semakin berkembang!