SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Gambar Eksklusif - Alyah, Kisah Hati Kini Bertudung- New Alyah

Gambar Eksklusif - Alyah, Kisah Hati Kini Bertudung- New Alyah


Nampaknya penyanyi yang terkenal menerusi lagu “Kisah Hati” Alyah, kini telah tampil dengan imej terbarunya yang semakin ayu dan sopan berhijab.

Menerusi laman Instagram milik Alyah, penyanyi ini telah mula memuat naik beberapa foto berhijabnya sejak 27 Mac lalu dan rata-rata peminat memberikan respon positif terhadap imej terbaru penyanyi tersebut.
Foto diatas merupakan salah satu foto terbaru yang dimuat naik oleh Alyah dengan menyelitkan caption yang berbuyi, ‘New ALYAH.’ Wah, sungguh cantik dan anggun bukan?
Untuk makluman, baru-baru ini Alyah baru sahaja selesai menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan nampaknya sewaktu berada di sana, penyanyi ini telah sempat merakamkan beberapa foto kenangan manisnya untuk dikongsikan bersama peminat di laman Instagram-nya.
Dalam pada itu, melalui salah satu foto yang dimuat naik oleh penyanyi ini, dirinya turut berharap agar suatu hari nanti dia dapat menjejakkan lagi kaki ke tempat suci itu di masa akan datang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir