SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Gambar Aeril Zafril Tidak Berbaju Di Laman Lucah ????

Gambar Aeril Zafril Tidak Berbaju Di Laman Lucah ????


Pelakon Aeril Zafrel menganggap penyebaran gambar-gambarnya yang tidak berbaju dalam sebuah blog oleh individu tertentu adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang sedang meningkat naik.
Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, gambar-gambar itu dirakamkan oleh rakannya beberapa tahun lalu termasuklah ketika dia belum berhijrah untuk menjadi individu yang lebih baik pada ketika ini.
"Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitna
h saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja.
"Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya.
"Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu," katanya yang dihubungi mStar Online petang Khamis.
Foto-foto Aeril yang telah dimuat naik di sebuah lamab blog lucah.
Tambah Aeril, dia berharap agar penyebar foto-fotonya itu mendapat hidayah dengan segera agar tidak melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah tersebut.
eh??Takkan dah habis baca kot?? Ada lagi cerita menarik kat bawah ni :

Wan Shades Pilih Calon Isteri Rakan Artis



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir