Pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira berdepan detik cemas apabila dua lelaki yang tidak dikenali masuk ke halaman rumahnya di Damansara, dipercayai untuk mencuri kereta.
Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian Erra, anak dan pembantu rumahnya tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah.
“Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.
“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan.
"Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,” ujar Erra yang terfikir untuk berpindah ke rumah lain selepas kejadian itu.