SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Aduan Ezany Tak Dilayan Presiden Seniman, @rozaidijamil ???

Aduan Ezany Tak Dilayan Presiden Seniman, @rozaidijamil ???


Kemelut dalaman seniman bukanlah perkara baru terutama yang melibatkan masalah ahlinya yang terdiri daripada barisan penggiat seni tempatan. 
Terbaru, menerusi status Facebook milik pelakon dan usahawan, Ezany, dia menyuarakan rasa kesal terhadap persatuan yang dipimpim oleh Zed Zaidi itu. 
 
Berikut status yang ditulis Ezany;
 
"Salam..Utk En Zed Zaidi Presiden Seniman..saya telah sms ke en zed,masalah yg baru saya hadapi,beberapa minggu sudah pun sy telah email surat tentang masalah lain..saya tau kes sy bukan kes sensasi,tapi sbg ahli pihak persatuan patut membantu ahli,klu dah byk perkara yg telah sy ajukan kepada seniman dan tiada penyelesaian sy rasa mungkin sy tidak akan aktif lagi dgn seniman.tq"
 
Bagi mendapatkan penjelasan aduan apakah disuarakan olehnya sehingga tidak dipandang oleh Seniman, MH Online lantas menghubungi Ezany. Katanya;
 
"Aduan saya mengenai sikap sebuah stesen TV yang menyenarai hitam nama saya tanpa alasan kukuh.  Zed Zaidi sendiri mengarahkan saya membuat aduan berkenaan tetapi tidak ada sebarang tindakan daripada pihak persatuan.
 
"Bila ini berlaku, saya tertanya-tanya adakah aduan ini bukan perkara serius dan tidak sensasi seperti orang lain? Saya cuma mengharapkn Seniman mengatur pertemuan antara saya dan pihak stesen TV. Dari situ baru saya boleh tahu masalah sebenar sehingga nama saya digugur."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir