Perhubungan Aliff dengan Adira mendapat perhatian peminat dan media ekoran gambar mereka memakai sepasang cincin yang serupa rekabentuknya dimuatnaik di akaun Instagram jejaka berusia 22 tahun itu.
Ketika itu bila diminta perjelaskan status hubungan mereka, Aliff menggambarkan Adira sebagai rakan dan teman paling rapat yang banyak menguatkan semangat mentalnya.
Diingatkan hubungan mereka masih berterusan seperti biasa sehinggalah baru-baru ini bila ada yang mendakwa ternampak Adira menikmati makan malam bersama seorang jejaka. Mereka dikatakan tidak segan memaparkan aksi mesra.
Dek kerana dikawal dua lelaki yang kelihatan seperti pengawal peribadi, ada yang membuat andaian jejaka tersebut bukan sembarangan orang, berkemungkinan juga golongan kerabat.
Jumaat lalu, akhbar Berita Harian tampil dengan penafian Adira yang menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerabat. Selain memohon orang ramai berhenti daripada membuat tuduhan tanpa usul periksa, ujarnya, mungkin teman makan malamnya itu abang mahupun sepupunya. Mungkin juga individu tersebut seorang pemilik produk dan mereka sedang berbincang tentang urusan perniagaan.
Mengenai aksi mesra mereka, Adira memberitahu dia seorang yang manja dan memang suka bersikap begitu terutamanya dengan keluarga terdekat. Tambahnya, jika benar ada yang terserempak dengannya mengapa tidak saja menegur daripada membuat spekulasi.
Lagi cerita menarik tentang artis kita: