Masihkan anda ingat lagi kepada pelakon Puteri Sarah Liyana?
Setelah putus cinta dengan kekasihnya, Ammar Alfian, cerita mengenai gadis ini agak jarang kedengaran.
Puteri Sarah lebih suka mengambil sikap low profile.
Ini kerana sebenarnya, Puteri Sarah dalam proses bertudung sepenuhnya.
Memetik laporan Beautifulnara, hari ini, dikatakan langkah pertama yang dilakukan Puteri Sarah adalah menukar profile laman sosialnya dengan wajah bertudung.
Baguslah jika begitu.
Kalau sebelum ini Puteri Sarah memang terkenal dengan imej seksi dan gaya hidup yang agak sosial, semoga usaha murni ini akan mengubah peribadi Puteri Sarah.
Semoga proses bertudung ini akan dipermudahkan buat Puteri Sarah.
Kita doakan saja.. Mudah-mudahan niatnya itu dapat diteruskan sampai bila-bila.