SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Pierre Andre Kahwin Jun 2013 !!!

Pierre Andre Kahwin Jun 2013 !!!


Jika tiada aral yang melintang pelakon dan pengarah, Pierre Andre bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini dengan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim.
Pierre Andre
Menurut Pierre yang dipetik dari Gua.com, dia tidak mahu melambatkan pernikahannya dengan gadis berusia 25 tahun itu kerana ingin mengelakkan fitnah.

“Kalau boleh saya nak nikah dengan dia secepat mungkin. Bukan apa, bila saya dah berhijrah ini saya rasa saya perlu nikah dengan dia supaya orang tak bercakap tentang kami.
“Bila hubungan kami tak ada ikatan, orang mudah menilai kami,” jelas Pierre.
Pierre turut memberi penjelasan berkenaan dakwaan kononnya dia merahsiakan pertunangannya itu dari pengetahuan pihak media.
“Saya tak ada niat pun nak sorok benda ini dari media. Cuma memang asalnya kami nak buat antara keluarga sahaja.
“Tapi sekarang tahulah dengan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas,” kata Pierre yang menerima jodohnya itu sebagai ketentuan Illahi.
Sementara itu, Pierre sudahpun memulakan urusan persiapan perkahwinannya itu.
Namun begitu, Pierre memberitahu yang dia hanya akan menjalankan upacara akad nikah Jun ini manakala resepsi akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir