SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Lisa Surihani Tak Mahu Jadi Artis KRU ???

Lisa Surihani Tak Mahu Jadi Artis KRU ???


Pelakon Lisa Surihani memberitahu tidak berhasrat untuk menjadi artis dibawah pengurusan KRU dan selesa menguruskan kerjaya lakonannya sendiri.
Lisa Surihani
Lisa berkata, dia tidak mahu ada pihak yang mempertikaikan penyertaannya dalam syarikat itu dan keputusannya itu turut dipersetujui oleh suaminya, Yusry Abdul Halim.

Fasha Sandha Hamil Selama 11 Bulan ????


“Rasanya saya tidak akan bernaung dibawah pengurusan KRU kerana tidak mahu salah faham timbul memandangkan saya isteri kepada Yusry yang juga salah seorang pemilik syarikat tersebut.
“Suami saya juga bersependapat tentang hal ini dan saya kini selesa menguruskan kerjaya seni dengan bantuan ibu saya,” jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Lisa berkata, peluang menguruskan sendiri kerjaya lakonannya telah memberikan lebih banyak kebaikkan kerana dia dapat mempelajari selok belok tentang pengurusan kariernya.

Irma Hasmie Jangka Bersalin 29 Mac 2013


Malah kata Lisa, dia semakin yakin apabila perlu berhadapan dengan syarikat produksi yang memanggilnya berlakon dan dapat berbincang sendiri berbanding menggunakan pihak ketiga.
“Sebelum ini memang saya tidak mempelajari apa-apa tentang pengurusan karier kerana semua dilakukan oleh pihak pengurusan dan kini saya berpeluang berbuat demikian. Ia satu proses pembelajaran baru buat saya,” jelasnya.
Sementara itu, Lisa berkata, walaupun telah mampu menguruskan kerjayanya sendiri dia akan memastikan sentias mendapatkan pendapat suaminya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Suami seorang yang sangat memahami dan dia akan berikan pendapat dan bukannya keputusan. Kami sering berbincang terlebih dahulu bagi memastikan semua keputusan dibuat dengan baik,” jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir